Plaster Of Paris (Cenderamata) / (Souvenir)  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Plaster of Paris ialah sejenis serbuk kalsium sulfat berwarna putih yang membentuk sebatian apabila dicampurkan dengan air dan memejal sehingga keras. Plaster of Paris dihasilkan melalui proses pengkalsinan gipsum iaitu gipsum dihidrat dipanaskan sehingga menjadi gipsum hemihidrat. Setelah dikisar halus, sejenis serbuk putih dikenali sebagai Plaster of Paris dihasilkan.
Perkataan gypsum berasal dari perkataan Greek iaitu gypsos yang bermaksud kapur. Plaster of Paris mendapat nama dari kuari di daerah Montmartre, Paris yang mempunyai bekalan gipsum terkalsin yang banyak.
Plaster of Paris digunakan sebagai bahan utama pembuatan acuan plaster, produk ukiran dan pembalut anggota badan yang patah. Plaster yang telah mengeras mudah dirapikan menggunakan peralatan mengukir, pahat dan kertas pasir.

A white calcium sulphate powder that forms a paste when mixed with water and hardens into a solid. Plaster of Paris is a calcined hydrated gypsum (roasted gypsum), ground to a fine powder by milling.
The word gypsum is derived from the Greek word (gypsos), "chalk" or "plaster". Because gypsum from the quarries of the Montmartre district of Paris have long furnished burnt gypsum (calcined gypsum) used for various purposes, this dehydrated gypsum became known as plaster of Paris.

Plaster can be relatively easily worked with metal tools or even sandpaper. These characteristics make plaster suitable for a finishing, rather than a load-bearing material.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hari Kraf Kebangsaan 2014

Artikel ini telah ditulis pada hari Selasa , Selasa, Mac 25, 2014 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan