Acuan Seramik / Ceramic Mold  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Penggunaan seramik sebagai peralatan harian bermula sejak Zaman Batu Baru atau Zaman Neolitik lagi. Tanah liat diuli dan ditempa dengan pelbagai bentuk mengikut kehendak dan keperluan. Selain untuk memenuhi keperluan harian, seramik rekaan kontemporari menjadi item dekorasi dan juga sesuai sebagai hadiah cenderamata yang eksklusif. Kreativiti pereka dalam meneroka dimensi baru bagi kraf seramik telah membawa era baru pada penghasilan produk seramik tempatan. Penemuan teknik binaan acuan telah memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan industri seramik. Dengan cara ini pembuat-pembuat seramik mampu menghasilkan produk yang lebih seimbang, kemas, dan mempunyai ukuran saiz yang sama. Selain itu, dapat mempercepatkan proses untuk menghasilkan produk seramik. 


The use of ceramic as daily use dates back to the New Stone Age or Neolithic period. The clay is kneaded into various shapes according to the requirements and needs. Other than to meet daily needs, contemporary designed ceramic became a decorative item and is also suitable as an exclusive souvenir. Designer's creativity in exploring new dimensions of ceramic craft has brought a new era in local ceramic production. The discovery of using mold has contributed greatly to the development of the ceramic industry. In addition to increasing the production process, ceramic makers are now able to produce more consistent, high quality and similar size products.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hari Kraf Kebangsaan 2014

Artikel ini telah ditulis pada hari Selasa , Selasa, Mac 25, 2014 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan