Golok salah satu senjata yang terkenal di daerah Nusantara termasuk Malaysia. Golok termasuk dalam kategori pedang, mempunyai mata yang tajam dan cembung serta lengkap dengan sarungnya. Golok biasanya digunakan sebagai senjata untuk melibas, memotong dan memancung terutama semasa peperangan. Selain itu, golok digunakan sebagai senjata dalam seni persilatan dan juga untuk aktiviti harian seperti menebas dan menebang. Ukurannya antara 13 sentimeter atau lebih pendek daripada itu. Ulu golok diperbuat daripada kayu yang ringan dan mudah untuk dipegang.
Golok is one of the famous weapons in Nusantara region, including Malaysia. Golok in the category of swords has a sharp eye and a convex and complete with sheath. Golok is commonly used as a weapon to flip, cut and chop, especially during war. In addition, the Golok is used as a weapon in the art of silat and also for daily activities such as cutting and chopping down. Its size between 13 centimeters or shorter than that. The handle is made of soft wood and easy to hold.
Artikel ini telah ditulis pada
hari Jumaat
, Jumaat, Oktober 11, 2013
di bawah kategori
Logam
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan