Masyarakat Sabah sememangnya terkenal sebagai salah satu etnik yang kaya dengan seni budaya yang tersendiri. Gambus merupakan antara alat muzik tradisional yang kian popular di kalangan suku kaum Kedayan. Pada kebiasaannya gambus ini dimainkan semasa majlis keramaian seperti perkahwinan dan juga menyambut tetamu yang terhormat. Ukuran panjang gambus dua setengah kaki hingga tiga kaki panjang dilakukan dengan menggunakan kaedah ukuran tradisi yang dinamakan sependangaran. Bunyi gambus bergantung kepada kedalaman lubang perut gambus dan kulit yang dijadikan muka gambus. Kayu Santul, kayu Bulayon dan Kayu Limpadok (Bahasa Kedayan) sesuai digunakan untuk menghasilkan gambus kerana ketahanan kayu berkenaan tidak mudah patah dan tidak mudah pecah. Manakala muka gambus biasanya diperbuat daripada kulit binatang seperti kulit kambing, lembu, atau kerbau.
Community Sabah is known as one of the rich ethnic cultural art distinctive. Gambus is one of the traditional musical instruments become popular among tribes Kedayans. Is typically this gambus is played during gatherings such as weddings and also welcomed the honorable guests. The length of the gambus is two and a half feet to three feet long done using traditional measurement method named sependengaran. Sound depends on the depth of the hole gambus lute belly and gambus face skin. Santul wood, Bulayon wood and Limpadok wood (Kedayans Language) can be used to produce a harp because of the durability of wood is not easily broken and not fragile. While face gambus usually made of animal skins such as goat skin, cow, or buffalo.
Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013
Artikel ini telah ditulis pada
hari Jumaat
, Jumaat, Oktober 11, 2013
di bawah kategori
Alat Muzik Tradisional
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan