Barangan Filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran kaum wanita. Motif bunga-bungaan sering digunakan dalam penghasilan barang kemas. Perak filigree sesuai dijadikan perhiasan diri, cenderamata, hiasan pada senjata dan alat kebesaran Diraja yang menonjolkan ciri-ciri warisan tradisional. Antara barang kemas yang dihasilkan terdiri dari cincin, kalung, gelang, loket dan anting-anting. Setiap barang kemas yang dihasilkan mempunyai kaitan dengan budaya, dan simbol status sesebuah masyarakat.
Filigree items display equipment is a favorite adornment of women. Floral motifs commonly used in the production of jewelry. The silver Filigree suitable for jewelry, gifts, decorations and Royal regalia to highlighting the traditional heritage features. Among the jewelry produced consists of rings, necklaces, bracelets, pendants and earrings. Each product of jewelry has to do with culture and society status symbol.
Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013
Artikel ini telah ditulis pada
hari Jumaat
, Jumaat, Oktober 11, 2013
di bawah kategori
Logam
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan