Atap Senghora  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Atap senghora popular di negeri-negeri pantai timur khususnya negeri Kelantan untuk dijadikan atap rumah. Perkataan ‘Senghora’ berasal dari sebuah pekan kecil di Selatan Thailand iaitu Patani. Atap senghora juga dikenali dengan panggilan Bata Atap yang merupakan warisan semenjak dahulu lagi hasil daripada pertukaran kemahiran pertukangan antara Malaysia dan Thailand. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan atap senghora ialah tanah liat asli, acuan kayu, dan sekam padi. Teknik memijak digunakan bagi memadatkan tanah liat pada acuan bata atap ini. Corak sisik ikan digunakan dalam menghasilkan atap senghora. Bagi menghasilkan atap senghora yang berkualiti dan bermutu tinggi, atap ini akan dibakar selama 240 jam iaitu selama 10 hari pada suhu 800 darjah celsius dan masa yang sama juga diambil untuk menyejukkannya. 

Senghora roof popular in the east coast states of Kelantan to be particularly roof. The word 'Senghora' comes from a small town in Southern Thailand, Pattani. Senghora roof is also known to call Brick Roof, which is ancient heritage of craftsmanship exchange between Malaysia and Thailand. The material used to produce roof senghora is natural clay, wood mold, and rice husks. Stepping technique is used to compress the clay is molded brick roof. Pattern of fish scales used in producing senghora roof. In order to produce a quality senghora roof, this roof will burn for 240 hours is good for 10 days at a temperature of 800 degrees Celsius and the same time taken for cooling down.

Sumber : Demonstrasi Kraf, Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013

Artikel ini telah ditulis pada hari Jumaat , Jumaat, Oktober 11, 2013 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan